JALAN yang rosak di Desa Kembang-Pucel, Kabupaten Pati, Indonesia akhirnya dibaiki semula oleh pihak berkuasa. Ketika ia belum dibaiki, penduduk setempat pernah menanam pokok pisang di dalam lubang-lubang sepanjang jalan berkenaan. Malah, tindakan tidak masuk akal yang dilakukan oleh warga kawasan itu turut tular dan meraih perhatian ramai di media sosial. Proses penurapan jalan yang dibuat pada Rabu. Dalam perkembangan terbaharu, pekerja terlibat telah datang untuk menurap semula jalan berkenaan pada Rabu. Beberapa foto ketika proses penurapan semula jalan berkenaan turut dikongsi ke media sosial. - Detik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI