suria

Cuaca terlampau panas... Pelari meninggal dunia, 15 yang lain dikejarkan ke hospital

Mangsa dibawa ke Hospital Kepulauan Coney namun disahkan sudah menginggal dunia. Foto: ZUMAPRESS.com/ MEGA.

SEORANG pelari meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengikuti pertandingan yang berlangsung dalam cuaca terlampau panas.

Menurut The New York Post, mangsa rebah pada Sabtu pagi selepas menamatkan larian sejauh 20 kilometer (km).

Mangsa yang terkena serangan jantung sekitar jam 9 pagi dibawa ke Hospital Coney Island namun disahkan sudah menginggal dunia.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dimaklumkan oleh penganjur dan pihak berkuasa.

Selain itu, 15 mangsa yang lain turut dirawat di hospital

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

Pada 2014, seorang peserta larian turut maut ketika perlumbaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain