SEORANG penumpang ditemui meninggal dunia ketika menaiki bas dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Surabaya, Indonesia. Keadaan itu hanya disedari selepas penumpang berkenaan sukar dikejutkan untuk mengajak makan malam di kawasan rehat. ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang ada gejala Covid-19 meninggal dunia ketika pesawat mendarat cemas Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Ngawi Kota, AKP Suyadi berkata, konduktor bas merupakan individu pertama mengesan penumpang terbabit sudah meninggal dunia. "Kejadian berlaku pada pukul 11 malam Ahad (waktu tempatan). "Konduktor bas meminta penumpang tersebut untuk turun bagi makan malam di salah sebuah kedai makan, tetapi penumpang kemudian ditemui meninggal dunia," katanya. Hasil pemeriksaan mendapati penumpang itu berusia 65 tahun, Suti Harsoyo dari BTN Griya Semanggi, Kampung Monjok Barat di Selaparang di Bandar Mataram. Tiada tanda-tanda kekerasan terhadap penumpang berkenaan. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Soeroto untuk menentukan punca kematian. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI