suria

Padah tunjuk kemaluan depan wanita dalam pesawat, penumpang onani 4 kali dipenjara

Seorang penumpang berkelakuan lucah dalam pesawat Southwest Airlines. -gambar fail / AP

SEORANG penumpang ditahan selepas didapati melakukan onani sebanyak empat kali dalam penerbangan Southwest Airlines dari Seattle ke Phoenix.

Akibat tindakan itu, kata pendakwa raya, lelaki berkenaan dijatuhi hukuman penjara selama 48 hari dan setahun tempoh percubaan.

Tertuduh, Antonio Sherrodd McGarity mengaku bersalah pada minggu lalu atas perbuatan lucah dan tidak senonoh semasa berada dalam pesawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru tunjuk kemaluan, onani di tempat awam berkali-kali terima padah

Penumpang wanita malang yang duduk di sebelah McGarity memberitahu pendakwa raya bahawa dia mengesyaki tertuduh mengeluarkan air mani dalam kejadian itu.

Pertuduhan dibuat susulan McGarity melakukan perkara tersebut ketika dalam penerbangan.

Penumpang wanita berkenaan merakamkan foto McGarity menunjukkan kemaluan dan melakukan onani, yang djadikan bahan bukti dalam pendakwaan.

Selain hukuman yang dijatuhi mahkamah, McGarity yang berasal dari Arlington, Texas, Amerika Syarikat (AS) dilarang menaiki penerbangan komersial di AS semasa tempoh percubaannya.

Malah, dia juga dilarang menaiki pesawar Southwest Airlines seumur hidup. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain