suria

Wujudkan tapak pelupusan sampah secara haram, warga emas didenda RM121,666

Tapak pelupusan haram yang diwujudkan pesara.

SEORANG pesara didenda £22,000 (RM121,666.13) selepas mengaku bersalah kerana mewujudkan tapak pelupusan sampah secara haram di belakang rumahnya pada 23 Oktober 2019 dan 2 Jun 2021.

Raymond Wortley dari Crowland, Lincolnshire, didakwa kerana menerima dan menyimpan sisa secara haram di rumahnya tanpa permit.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam nenek dengan cucu... Remaja 19 tahun melutut lamar wanita umur 76 tahun, siap beli belon bentuk ‘love’

Terdahulu, kegiatan tersebut diketahui umum selepas pembakaran terbuka yang dilakukannya dilaporkan kepada pihak berkuasa pada Oktober 2019.

Menurut pihak berkuasa terlibat, kepingan logam, aerosol, periuk seramik dan plastik turut ditemui pada timbunan terbakar.

"Pada masa itu, Wortley hanya mempunyai kebenaran untuk membakar sisa hijau yang dihasilkan di tapaknya. Ekoran itu, pengawasan telah dijalankan di tapak tersebut sepanjang Februari 2020 dan Jun hingga Julai 2020.

"Malah beberapa kali Wortley diberitahu secara lisan dan bertulis bahawa dia tidak dibenarkan mengadakan tapak pelupusan itu," ujarnya.

Bagaimanapun, warga emas berusia 75 tahun itu ingkar dan terus melakukannya.

Dia kemudian didenda £21,693.50 termasuk kos kebenaran yang dielakkan dan faedah kewangan yang diperoleh dengan menjalankan tapak pelupusan haram berkenaan. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain