suria

Protes pelanggan! Pengedar ganja terlepas hukuman penjara 15 tahun

Baines terlepas hukuman edar ganja.

BAPA kepada dua anak yang ditangkap bersama lebih sekilogram ganja dibebaskan dari penjara selepas didapati hanya membekalkan bahan terlarang itu kepada pesakit kanser.

Semasa perbicaraan, ratusan pelanggan Andrew Baines membanjiri mahkamah dengan surat yang menerangkan bagaimana dia membantu melegakan kesakitan pesakit.

Ekroan itu, lelaki berusia 46 tahun itu dikecualikan daripada hukuman 15 tahun penjara selepas pendakwa raya memutuskan untuk mendapatkan hukuman yang paling ringan.

Mahkamah Majistret Grimsby mendengar bagaimana Baines mula menggunakan dadah jenis ganja untuk melegakan kesakitan sendiri selepas kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya terpaksa berkerusi roda.

Terdahulu Baines ditahan pada April 2020 selepas kakitangan Pejabat Pos curiga dengan bungkusan yang dihantarnya.

Polis kemudian menyerbu rumahnya di Lincoln dan menemui satu kilogram ganja bersama lebih daripada 30 tumbuhan. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain