suria

Kejar impian jadi doktor, pelajar OKU berjalan 2km ke sekolah dengan hanya sebelah kaki

Parvaiz berjalan dengan hanya sebelah kaki ke sekolah. sumber ANI

SEORANG pelajar lelaki meraih perhatian apabila berjalan ke sekolah setiap hari dengan hanya sebelah kaki.

Pelajar orang kelainan upaya (OKU) itu, Parvaiz berjalan kaki ke sekolah di Handwara, India setiap hari, demi mengejar cita-cita untuk menjadi doktor.

Walaupun kehilangan kaki kirinya pada usia muda dalam satu kejadian kebakaran, Parvaiz kini belajar di Kelas 9 di Sekolah Menengah di Nowgam.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat menimba ilmu, pelajar OKU berjalan 1 kilometer ke sekolah setiap hari dengan hanya sebelah kaki

Parvaiz mendapat perhatian susulan kisah menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bihar, India yang dilihat melompat ke sekolah dengan sebelah kaki.

Bercakap kepada ANI, remaja berusia 14 tahun itu berkata: "Saya berjalan kaki 2 kilometer untuk sampai ke sekolah setiap hari. Jalan menghala ke sekolah saya mengalami kerosakan.

"Saya banyak berpeluh setibanya ke sekolah kerana sukar untuk saya berjalan," katanya.

Menurut Parvaiz, dia menyukai sukan kriket, bola tampar dan kabaddi.

"Saya berharap kerajaan dapat memberikan saya bantuan kaki palsu atau apa saja cara pengangkutan yang boleh memudahkan perjalanan saya ke sekolah dan tempat lain.

"Ayah sebelum ini mengeluarkan belanja yang besar untuk merawat saya.

"Saya bersemangat untuk mencapai impian saya,” katanya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain