suria

Telanjang sambil kayuh basikal, pasangan ini buang rasa malu demi kutip dana kebajikan

Mereka berbasikal dari Land's End ke John o'Groats untuk acara kebajikan. Foto: Liverpool ECHO.

TIDAK masuk akal.

Begitulah gambarannya mengenai tindakan seorang lelaki dan wanita yang tergamak mengayuh basikal secara bogel di Southport, England, pada 4 Jun lalu.

Kehadiran pasangan tersebut ternyata mengganggu kemeriahan sambutan Jubli Platinum yang sedang diadakan.

Menurut saksi, pasangan tersebut juga selamba melambaikan tangan mereka kepada orang awam.

Kata Sharon Rimmer, dia sempat memperlahankan kereta yang dinaiki untuk berborak dengan pasangan berkenaan.

"Kami memandu melalui Southport pada jam 7.15 malam, kami perlahankan kereta dan tanya mengenai tindakan mereka.

"Pasangan itu kata mereka berbasikal dari Land's End ke John o'Groats untuk acara kebajikan," kata saksi itu.

Biarpun aktiviti berbasikal itu dilakukan untuk tujuan amal, orang ramai nampaknya berbelah-bahagi dengan apa yang disaksikan.

"Tahan mereka dalam lokap. Kanak-kanak ada di merata-rata tempat. Adakah ini kelakar? Sikap ini sangat tak masuk akal.

"Kenapa mereka tidak ditahan? Kamu tidak perlu telanjang untuk dapatkan wang" ujar beberapa individu yang berang dengan tindakan pasangan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain