suria

Kecoh lelaki nikahi biri-biri... Pengantin akhirnya buka mulut, akui tak berniat persenda agama

Pengantin lelaki memohon maaf kepada orang ramai atas kekecohan yang timbul susulan tularnya isu berkenaan

KISAH seorang pemuda yang berkahwin dengan seekor biri-biri hangat menjadi perbualan masyarakat sekitar Benjeng, Gresek, Indonesia.

Dalam satu rakaman tular, kelihatan seorang pemuda duduk bersebelahan seekor kambing sambil dikelilingi beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak dihalau tuan rumah! Wanita nekad kahwini kucing kesayangan

Dikenali sebagai Arif, dia yang lengkap memakai pakaian adat Jawa akhirnya selamat dinikahkan dengan kambing berkenaan.

"Saya terima nikahnya Sri Rahaya Bim Bejo (biri-biri) dengan mas kahwin Rp 22 ribu rupiah (RM6.60) dan tunduk, patuh, ikhlas kepada perintah dan arahan tuhan yang maha suci ini. Demi menyatukan nusantara, tanah air, Indonesia tercinta ini,” kata Arif dalam video tersebut.

Lafaz nikah itu disusuli dengan seorang penghulu yang menyebut perkataan 'sah' sebelum hadirin yang lain turut menepuk tangan mereka.

Arif bagaimanapun tampil berkongsi cerita sebenar setelah rakaman itu tular dan meraih perhatian ramai.

Kata Arif, dia tidak berniat mempersenda agama dan ia hanyalah content media sosial semata-mata.

"Kami mahu memberitahu bahawa ia hanya content, tiada niat nak mempersenda agama," ujarnya pada Isnin lalu.

Arif turut memohon maaf kepada orang ramai atas kekecohan yang timbul susulan tularnya isu berkenaan. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain