suria

Jijik! Pelanggan jumpa bangkai cicak dalam minuman, restoran makanan segera didenda RM5,648

Bangkai seekor cicak yang ditemui oleh seorang pelanggan ketika menjamu selera di restoran makanan segera terkenal di Ahmedabad.

SEBUAH restoran makanan segera terkenal di Ahmedabad, India diarahkan untuk ditutup sementara, selepas seorang pelanggan menemui bangkai seekor cicak di dalam minumannya.

Pelanggan bernama Bhargav Joshi berkata, dia dan rakan-rakannya juga terpaksa menunggu pihak restoran tersebut selama lebih empat jam sebelum dapat menyuarakan aduan

Dia juga mendakwa, kakitangan restoran tersebut hanya menawarkan bayaran ganti rugi sebanyak RM17.

Tidak berpuas hati, pelanggan itu kemudian membuat aduan kepada Perbadanan Perbandaran Ahmedabad (AMC).

Susulan aduan tersebut, pihak AMC mengambil tindakan tegas dengan mengenakan penalti berjumlah RM5,648 ke atas restoran tersebut.

Pihak AMC juga memberi tempoh masa dua hari kepada restoran berkenaan untuk melakukan pembersihan.

Restoran akan dibenarkan untuk dibuka semula hanya selepas AMC mendapati ia mematuhi standard kebersihan selepas pemeriksaan menyeluruh. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain