suria

Gempar bayi hilang selepas ibu bapa dibunuh kejam, ditinggalkan dalam hutan ditemui 40 tahun kemudian

Holly yang hilang ketika masih bayi kini merupakan ibu kepada lima anak. foto FHD forensics

KEHILANGAN seorang bayi bagi satu pasangan baru berkahwin yang dibunuh dan ditinggalkan di dalam hutan dalam kejadian lebih 40 tahun lalu, ditemui hidup.

Harold Dean Clouse dan Tina Gail Clouse yang berpindah dari Florida ke Texas di Amerika Syarikat pada 1980, dibunuh dengan kejam ketika berusia 21 dan 17 tahun..

Mayat mereka ditemui di dalam hutan di Houston pada 12 Januari 1981, dengan Harold dilaporkan telah dipukul, diikat dan disumbat, manakala Tina dicekik.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan hilang ditemui enam tahun kemudian dalam keadaan kelaparan di bilik hotel

Bagaimanapun, bayi perempuan mereka Holly Marie Clouse tidak ditemui.

Walaupun kes itu kemudian semakin senyap, namun detektif masih percaya kanak-kanak tersebut boleh hidup.

Lebih mengejutkan, 'bayi' itu kini telah dikesan ke Oklahoma selepas empat dekad.

ibu bapa holly

Mayat ibu bapa Holly ditemui dibuang di dalam hutan. foto KHOU 11

Siasatan membawa kepada penemuan bayi itu yang kini merupakan ibu kepada lima anak, di mana polis datang ke tempat kerjanya pada Selasa lalu (7 Jun).

Hari ketika polis menemuinya jatuh pada hari lahir bapanya yang ke-63.

Menurut Pejabat Peguam Negara di Texas, Holly bercakap dengan keluarga kandungnya dan kini berharap dapat bertemu mereka secara bersemuka.

Namun, masih tidak jelas apa yang berlaku kepada bayi Holly semasa dan selepas pembunuhan ibu bapanya.

Identiti pasangan yang dibunuh itu sebenarnya tidak diketahui sehingga tahun lalu apabila DNA mengaitkan mereka dengan ahli keluarga di Kentucky. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain