suria

Terlewat 9 minit ke hospital... Influencer jelita meninggal dunia gara-gara tercekik kebab daging khinzir

Arisara meninggal dunia pada 6 Jun lalu.Foto: ViralPress.

MENINGGAL dunia akibat tercekik makanan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang selebriti media sosial dari Thailand, Arisara Karbdecho yang disahkan meninggal dunia pada 6 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan nyaris maut tercekik, ikan melompat keluar dari air masuk mulut

Model dan influencer berusia 27 tahun itu dirawat di sebuah hospital sejak Mac lalu selepas dia tercekik kebab daging khinzir dan pulut ketika menjalani sesi photoshoot.

Menurut ibunya, Supicha, 57, mereka sekeluarga sedih dengan pemergian itu namun menerima takdir dengan hati yang terbuka.

"Dia sentiasa sibuk. Dia berkejar untuk makan kebab daging khinzir dengan pulut ketika sedang bekerja, kemudian ketulan daging terlekat dalam tekaknya.

"Dia dibawa ke hospital, tapi doktor kata terlewat sembilan minit," ujar ibunya.

Sepanjang lebih dua bulan dirawat di hospital, Arisara hanya bertahan dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.50 tengah hari, 6 Jun lalu.

Selain keluarga, rakan-rakan peminatnya turut meluahkan rasa sedih atas pemergian influencer itu.

"Semua sedang bersedih. Kami terkejut kejadian ini berlaku, kami doakan dia sihat. Dia masih muda dan cantik.

"Sedihnya dia telah pergi buat selamanya," ujar rakannyaa Sirikanda Chaiburut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain