suria

Lewat seminit tetap kena denda! Majikan teruk dikecam selepas keluarkan peraturan baru di pejabat

Poster 'peraturan baru' di sebuah syarikat yang mengundang perdebatan warganet.

SEORANG pengurus di sebuah syarikat teruk dikecam warganet gara-gara mengeluarkan peraturan yang disifatkan keterlaluan.

Menerusi peraturan baharu itu, pengurus berkenaan berkata pekerja yang tiba lewat ke pejabat akan dikenakan hukuman.

Walaupun ketepatan masa adalah penting di tempat kerja, bagaimanapun hukuman untuk pekerja yang lewat walaupun 'terlajak' satu minit dianggap agak melampau.

Peraturan yang ditulis pada poster menyebut: "Peraturan pejabat baharu - Untuk setiap minit lewat ke tempat kerja, anda akan dikehendaki bekerja selama 10 minit selepas jam 6 petang.

"Sebagai contoh, jika anda tiba pada 10.02 pagi, anda perlu tinggal selama 20 minit lagi di pejabat sehingga 6.20 petang. Terima kasih."

Di laman Reddit, poster dengan tajuk 'peraturan baru pejabat' menjadi tular dan mendapat banyak kritikan.

Perkongsian tersebut meraih lebih daripada 70,300 tanda suka dan dibanjiri beribu-ribu komen dengan majoritinya mengecam majikan berkenaan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain