suria

Dihantar ke penjara lelaki, transgender tak puas hati mahu saman pihak berkuasa

Banduan itu menganggap hukuman yang dikenakan sebagai satu bentuk diskriminasi.

SEORANG transgender yang dimasukkan ke penjara lelaki terkilan dengan hukuman tersebut yang dianggap sebagai diskriminasi ke atas dirinya.

Christina Lusk, 56, yang dihukum atas kesalahan dadah mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual serta dihina oleh banduan lain ketika dimasukkan ke penjara Moose Lake di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Lusk yang diiktiraf secara sah sebagai wanita dan bergelar transgender sejak 14 tahun lalu memohon agar dirinya dipindahkan ke penjara wanita berdekatan di Shakopee.

Jess Braverman, seorang peguam untuk kumpulan Gender Justice yang mewakili Lusk bersama firma undang-undang Minneapolis Robins Kaplan turut mempersoalkan hukuman tersebut.

"Dia seorang wanita, dan tiba-tiba dia ditempatkan di penjara lelaki.

"Dia berada dalam penjara yang terkunci dengan lelaki, dan dia benar-benar terdedah kepada gangguan dan keganasan dalam suasana itu," ujar peguam tersebut.

Dalam aduannya, Lusk berkata dia pernah melakukan cubaan bunuh diri atas tekanan yang dialami suatu masa lalu.

Menurut tuntutan itu, tindakan meletakkan Lusk dalam penjara lelaki juga dianggap sebagai amalan yang melanggar hak asasi manusia.

Saman itu menuntut $50,000 (RM220,675) sebagai pampasan untuk Lusk dan "injunksi mandatori tetap" yang memerlukan Lusk diperlakukan sebagai wanita oleh sistem penjara negara.

Peguamnya juga menuntut dia disingkirkan dari penjara lelaki di tersebut.

Untuk rekod, hukumannya akan tamat pada 2024. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain