SEORANG wanita digemparkan dengan penemuan 10 kamera pengintip yang disembunyikan di sekeliling homestay yang ditempahnya menerusi Airbnb. Pengembara itu berkongsi pengalaman yang menakutkan selepas menyedari terdapat kamera tersembunyi di seluruh rumah ketika bercuti di Philadelphia, Amerika Syarikat. Pengguna Twitter bernama @foxytaughtyou berkata, orang ramai perlu berhati-hati. Menurutnya, terdapat kamera pengintip di sebalik sistem pemercik api. Wanita itu berada dalam ketakutan apabila rakannya mendapati lebih banyak kamera dipasang di bilik mandi dan bilik tidur. ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri! Isteri tetak kemaluan suami selepas kantoi bersikap 'pelik' di bilik tidur anak saudara Jelasnya lagi, platform itu kemudian menukarkannya ke lokasi lain selepas mereka membuat laporan kepada polis Philadelphia. "Kami melaporkan perkara ini kepada (Airbnb) dan balai polis pada tengah hari Jumaat dan masih belum mendapat maklumat terkini mengenai kes ini. "Kami tidak tahu apa rakaman pemilik ini dan apa yang dia lakukan dengannya!" menurut wanita itu. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI