suria

Misteri penemuan 7 janin dalam kotak makanan terjawab, pasangan kekasih gugur anak luar nikah berulang kali

Janin yang ditemui dalam kotak makanan, disyaki milik pasangan kekasih. -gambar hiasan

MISTERI penemuan tujuh janin dalam kotak makanan terjawab susulan penahan satu pasangan kekasih.

Dalam kejadian di Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia, pasangan kekasih berkenaan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun.

Ketua Polis Makassar, AKBP Reonald TS Simanjuntak pada Selasa mengesahkan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan azimat ditempah lelaki AS disekat, polis temui 'janin bayi' ritual sihir patung voodoo

"Hukuman di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak adalah penjara 15 tahun. Jika dibawah Akta Kesihatan, hukuman adalah penjara 10 tahun," katanya.

Terdahulu, dilaporkan penduduk Paccerakkang di Biringkanaya, Kota Makassar digemparkan dengan penemuan tujuh janin yang disembunyikan dalam kotak makanan.

Kesemua janin itu ditemui oleh pemilik rumah ketika membersihkan bilik yang ditinggalkan oleh penyewanya sejak enam bulan lalu.

Bilik itu disewa oleh salah seorang suspek wanita berusia 29 tahun, tetapi tidak membayar sewa selama enam bulan.

Pemiliknya kemudian bertindak mahu mengosongkan bilik tersebut sebelum menemukan janin di dalam kotak makanan ketika melakukan pembersihan.

Seorang lagi suspek merupakan lelaki berusia 30 tahun yang juga pasangan kekasihnya.

Tujuh janin yang disembunyikan itu dipercayai kerana takut kehamilan luar nikah diketahui oleh kedua-dua keluarga.

Pengguguran pertama dilakukan pada 2012 dan berterusan sehingga tujuh kali.

Suspek lelaki dikatakan berjanji untuk berkahwin dengan teman wanitanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain