suria

Anak perempuan mabuk tak sedarkan diri, bapa ambil kesempatan rogol di tepi pantai... CCTV jadi bukti

Mangsa tidak percaya bahawa bapanya sanggup melakukan perbuatan itu. Foto: Getty Images/iStockphoto.

SEORANG pesara ditahan atas dakwaan merogol anak perempuannya di sebuah pantai di Greece, baru-baru ini.

Lelaki berusia 70-an itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang berusia 30-an, ketika mereka sedang bercuti di sebuah resort.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Budak lelaki 11 tahun maut selepas dirogol 4 beradik berulang kali

Menurut mangsa, dia diserang seorang lelaki di tepi pantai, namun dia tidak ingat apa yang berlaku kerana sedang mabuk.

Kata wanita itu, dia juga tidak ingat siapa pelakunya, namun yakin individu tersebut berpakaian serba putih.

Pihak berkuasa yang membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dia dan bapanya sedang minum bersama-sama di sebuah bar sebelum serangan seksual itu berlaku.

Lebih mengejutkan, rakaman memaparkan bapanya sendiri yang melakukan perbuatan tersebut, sekaligus membawa kepada penahanan pesara itu pada 12 Jun lalu.

Lelaki itu turut memukul wajah mangsa sebelum membawanya ke tepi pantai dan melakukan serangan berkenaan.

Pasukan perubatan berkata, mangsa "diselubungi" kecederaan yang konsisten dengan batu dan dahan yang terletak di pantai.

Mereka menekankan bahawa kecederaannya juga konsisten dengan rogol dan mengesahkan bahawa mereka telah mengumpul sampel DNA bapa dan anak perempuan itu, menurut akhbar tempatan Neakriti.

Pesara itu didakwa dengan jenayah rogol, penderaan seksual dan keganasan rumah tangga selepas polis membawanya ke pejabat majistret.

Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Wanita itu difahamkan tidak percaya, dan telah memberitahu polis bahawa tidak mungkin bapanya tergamak melakukan perbuatan tersebut.

Polis berkata bapanya akan kekal dalam tahanan sehingga Selasa (14 Jun), iaitu tarikh akhir untuknya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Menurut undang-undang Greece, hukuman yang dikurangkan boleh dijatuhkan kepada orang yang menyatakan rasa bersalah dan meminta maaf atas jenayah mereka. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain