suria

‘Jiran dari neraka’! Budak lelaki 11 tahun maut selepas dirogol 4 beradik berulang kali

Seorang budak lelaki maut selepas menjadi mangsa serangan seks di Bolivia. foto Newsflash

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dirogol berulang kali oleh empat adik beradik lelaki dijangkiti HIV, yang juga jiran mangsa.

Kanak-kanak malang itu menjadi mangsa penderaan oleh jirannya selama beberapa tahun sebelum kematiannya.

Dalam kejadian di Bolivia di Amerika Selatan, mangsa diserang oleh pelaku yang dijangkiti virus itu, masing-masing berumur 15, 17, 23 dan 28 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa diperkosa lebih 8 kali sehingga maut! Teman lelaki antara suspek ditahan polis

Mangsa koma dan mengalami dua serangan jantung pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital di Santa Cruz selepas dia mengalami serangan jantung kedua pada hujung minggu.

Susulan berita kematiannya, Presiden Bolivia, Luis Arce mengutuk tindakan penyerang dan melabelkan mereka sebagai durjana.

"Kami meluahkan rasa duka cita di atas pemergian anak kecil itu di Yapacani," tulisnya di media sosial.

Memetik laporan Daily Mail, ibu bapa mangsa mendedahkan anak lelaki mereka didera secara seksual selama lebih dua tahun.

Mangsa hanya mendedahkan cerita sebenar selepas mendapati dirinya dijangkiti HIV, tahun lepas.

Dia mengenal pasti pelaku sebelum keluarganya segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Dilaporkan bahawa anak sulung daripada empat beradik itu meninggal dunia akibat penyakit itu, tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang pelaku bawah umur dihadapkan di mahkamah juvana dan akan ditempatkan di pusat pemulihan Cenvicruz.

Adik beradik lain dipercayai telah melarikan diri ke Chile. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain