suria

Bangga dengan tubuh sendiri, influencer pemalu akhirnya ubah fikiran... Kini yakin pakai baju ‘crop top’

Gadis itu yakin dengan bentuk tubuhnya dan mahu menyebarkan aura positif di media sosial.

SEORANG wanita mencuri perhatian ramai apabila dia bangga menggayakan pelbagai fesyen biarpun memiliki tubuh yang agak berisi.

Enggan berselindung dengan bentuk fizikalnya, Ariella Nyssa tetap yakin menggayakan fesyen ‘crop top’ yang memaparkan sebahagian perutnya.

Menurut wanita dari Sydney, Australia itu, dia pernah berasa malu dengan keadaan fizikalnya, namun kini menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Setahun yang lepas, saya tak yakin nak pakai semua jenis fesyen. Sekarang saya suka tunjuk perut, pinggul serta lengkung pada badan saya.

"Dulu saya cuba menyorok, sekarang saya nampak yang cantik-cantik saja mengenai diri saya," ujarnya kepada 750,000 pengikut Instagram.

Dalam satu video tular, dia kelihatan yakin menggayakan baju dan skirt berwarna hijau.

Menurut influencer itu lagi, dia hanya mahu memberi mesej positif mengenai bentuk fizikal agar semua orang yakin dengan diri sendiri. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain