suria

Pakar beri amaran bahaya tabiat cabut, ‘waxing’ bulu hidung... Boleh sebabkan seseorang terdedah jangkitan otak!

Pakar memberi amaran mengenai bahaya mencabut bulu hidung. Gambar hiasan

BULU hidung kadang-kala menjengkelkan, terutamanya jika ia panjang sehingga terjuntai melepasi lubang hidung.

Kebanyakan orang gemar melakukan 'waxing' sebagaimana trend yang banyak dikongsikan di media sosial, namun ia sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.

Doktor dan pakar memberi amaran bahawa pembuangan bulu hidung, sama ada melalui waxing, cukur atau cabut, sebenarnya boleh memudaratkan kesejahteraan fizikal dan boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada jangkitan!

Ini kerana bulu-bulu kecil di dalam lubang hidung manusia berperanan menapis zarah berbahaya yang disedut melalui hidung, di samping mengekalkan kelembapan dalam udara yang disedut.

"Saluran sama yang membawa darah keluar dari hidung bertemu dengan saluran yang membawa darah keluar dari otak.

"Jika kuman berakhir di otak, ia boleh menyebabkan keradangan otak, dan kadang-kadang mengakibatkan abses otak," kata Dr Karan Raj dari NHS.

Abses otak adalah 'bengkak berisi nanah di dalam otak' yang biasanya berlaku apabila 'bakteria atau kulat memasuki tisu otak selepas jangkitan atau kecederaan kepala yang teruk'.

Ujarnya lagi, walaupun risiko mendapat abses otak adalah 'sangat rendah', namun ia boleh mengancam nyawa.

Komplikasi lain dari abses otak termasuk kerosakan otak ringan hingga sederhana, epilepsi dan meningitis.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak mencabut bulu hidung sepenuhnya, sebaliknya merapikannya dengan memotong nipis.- Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bulu hidung, waxing, cabut, jangkitan otak

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan