suria

Terikut-ikut trend TikTok, pelajar 10 tahun tanggung derita radang kulit... Perlu jalani pembedahan plastik

Keadaan kulit tangan pelajar tersebut yang mengalami radang teruk.

SEORANG pelajar perempuan menanggung derita untuk tempoh masa yang lama dan mungkin perlu menjalani pembedahan plastik selepas kulit di tangannya mengalami keradangan teruk.

Semuanya gara-gara tindakannya yang terikut-ikut dengan satu trend di aplikasi TikTok.

Menurut ibu mangsa, anaknya menyembur deodoran terus ke kulit tangannya dan reaksi semburan bahan dalam deodoran itu menyebabkan kulitnya mengalami keradangan.

Difahamkan, ketika kejadian, pelajar berusia 10 tahun itu bermalam di rumah rakannya apabila mereka melihat video TikTok di mana seseorang melakukan perkara yang sama - dan memutuskan untuk mencubanya, lapor Mirror.

Pelajar tersebut hanya memegang botol penyembur deodoran satu inci dari kulitnya dan menyembur selama kira-kira 10 saat.

"10 saat kebodohan telah menyebabkan dia mengalami kesakitan selama dua tahun," kata ibu mangsa.

Selepas cuba merawat sendiri kesan radang akibat semburan deodoran tersebut di rumah mereka di Hertfordshire untuk tempoh 24 jam pertama, si ibu memutuskan untuk menghantar anaknya ke hospital pada keesokan hari.

Doktor kemudian merujuk mereka kepada pasukan pembedahan plastik.

Menurut doktor, kesan radang itu mungkin mengambil masa 18 bulan hingga dua tahun untuk sembuh sepenuhnya, sambil menambah pelajar tersebut mungkin perlu menjalani pembedahan plastik.- Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain