suria

Biarkan pelajar bergambar tak pakai baju, hisap rokok pun boleh... Guru Pendidikan Seni akhirnya dibuang kerja

Guru wanita ini dibuang kerja selepas membiarkan pelajarnya berkelakuan tidak senonoh.

SEORANG guru Pendidikan Seni yang membenarkan pelajar berumur 15 tahun bergambar tanpa baju dan menunjukkan cara beronani di sekolah telah dibuang kerja.

Emma Wright, 41, turut membenarkan pelajarnya merokok, bergambar dalam pakaian renang dan membuat isyarat tidak senonoh ketika memakai pakaian seragam.

Atas kesalahan itu, dia yang sebelum ini bertugas di Kolej Sains Huxlow di Northamptonshire telah dilarang daripada mengajar selama-lamanya.

Wright dipecat selepas Agensi Peraturan Pengajaran (TRA) memutuskan dia telah melanggar peraturan perlindungan.

Dia telah dilaporkan kepada TRA pada 2018 oleh Ketua Seni dan Reka Bentuk Sekolah.

Mempertahankan dirinya kepada panel, Wright berkata dia telah menunjukkan kepada pelajar satu karya seni, namun tidak pernah memberitahu mereka untuk mencipta karya serupa.

Tambahnya, dia tidak menganggap karya artis itu bersifat seksual, tetapi bersetuju bahawa dia sepatutnya memberitahu pelajar bahawa karya itu tidak bersesuaian dengan usia mereka.

Wright didapati telah melakukan pelanggaran serius terhadap standard pengajaran profesional dan gagal menjaga kesejahteraan pelajar.

Selain dibuang kerja, Wright juga tidak boleh memohon semakan larangannya sehingga 2024. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain