suria

Cef wanita kantoi bermesraan dengan pelayan lelaki, bawa kes ke tribunal sebab tak puas hati dibuang kerja

Cef itu dibuang kerja selepas melakukan aksi tidak senonoh di restoran. Foto: Getty.

SEORANG cef dipecat selepas dia ditangkap "bermesra secara seksual" dengan pelayan di hadapan pelanggan dan pemandu penghantaran.

Rumyana Ilieva dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ketika sedang mencium, memeluk, meraba dan membelai seorang rakan sekerja lelaki sebanyak dua kali.

Selain bukti CCTV, seorang pemandu penghantaran turut membuat laporan selepas menjadi saksi kejadian tersebut yang berlaku di sebuah restoran di London.

Dakwa pemandu itu, cef berkenaan dilihat membetulkan seluarnya sebelum terus bertugas tanpa mencuci tangannya.

Selepas dipecat oleh pihak restoran akibat perbuatannya pada Januari 2021, cef itu membuat tuntutan, mendakwa dia diberhentikan kerja secara tidak adil.

Tribunal merumuskan walaupun pemilik restoran itu percaya Ilieva bersalah atas salah laku, dia didapati tidak menjalankan siasatan sewajarnya.

Pemilik juga tidak mengikuti prosedur tatatertib yang betul apabila gagal menjelaskan tujuan mesyuarat terlebih dahulu.

Malah, majikan turut mengadakan mesyuarat dengan chef serta pelayan tersebut tanpa mengambil nota dan tidak memaklumkan kepada mereka secara bertulis tentang keputusan pemecatan.

Ia dikatakan bertentangan dengan prosedur kerana pesalah sepatutnya mempunyai hak untuk merayu.

Menerusi tribunal yang dijalankan baru-baru ini, cef itu menang dalam tuntutannya, namun dia tidak akan dibayar sebarang ganti rugi oleh bekas majikan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan