suria

Pekerja pasar raya amuk, jatuhkan puluhan botol arak hingga pecah gara-gara dipecat

Seorang pekerja bertindak menjatuhkan puluhan botol wain sehingga pecah. foto Twitter

SEORANG wanita bertindak memecahkan puluhan botol wain di sebuah pasar raya, selepas dipecat oleh majikannya.

Evelin Roldán, 25, hadir bekerja di sebuah pasar raya di di Rafaela, Argentina pada Isnin, hanya untuk diberitahu bahawa perkhidmatannya tidak lagi diperlukan.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosail, Evelin kelihatan hilang sabar dan bertindak menjatuhkan botol wain dari rak sehingga pecah di lantai.

Kedengaran dia menjerit sambil berdiri di lantai yang dibanjiri air wain berwarna merah.

Bekas pekerja itu mempertahankan tindakannya dan menjelaskan dia melakukannya kerana 'layanan kejam' daripada majikan ketika sedang bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke dadah mengamuk, anak buah tersilap jatuhkan kokain dalam laut... Rugi RM136 juta

Dia juga mendakwa video berdurasi kira-kira lapan saat itu tidak mendedahkan segala-galanya.

Bagaimanapun, Evelin kemudian ditahan polis susulan kejadian itu.

Pada masa sama, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain