suria

Simpan lebih sejuta buku, binaan luar biasa perpustakaan baharu Dubai jadi perhatian

Perpustakaan itu baru sahaja dibuka pada Khamis. Foto: WAM.

KEWUJUDAN bahan bacaan digital menerusi gajet masa kini membuatkan perpustakaan dipandang sepi.

Namun, banyak perpustakaan masih gah berdiri, dihadiri peminat-peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ulat buku.

Pada Khamis, sebuah perpustakaan baharu telah dibuka di Dubai yang mana ia menjadi perhatian ramai kerana reka bentuk yang futuristik dan menarik.

Untuk rekod, binaan ikonik Perpustakaan Mohammed bin Rashid telah dibina dengan pelaburan sebanyak $272.3 juta (RM1.2 bilion).

Ia dibina untuk memupuk budaya membaca, di samping menyokong pembangunan kreativiti, pengetahuan dan seni sama ada di peringkat individu dan sosial.

Perpustakaan itu mendapat namanya sempena nama pemerintah Dubai, Mohammed bin Rashid.

Mohammed-bin-Rashid-Library

Lebih sejuta buku disediakan di perpustakaan itu. Foto: WAM.

Apa yang menarik, lebih sejuta buku cetak dan digital tersedia di perpustakaan yang terletak di Al Jaddaf itu.

Ia yang mempunyai saiz keseluruhan 54,000 meter persegi mengambil bentuk dirian kayu yang dikenali sebagai 'rahl.'

Perpustakaan Sheikh Mohammed bin Rashid merupakan bangunan tujuh tingkat dengan sembilan jabatan khusus yang menghimpunkan lebih sejuta jilid cetak dan digital.

Perpustakaan Umum, Perpustakaan Emirates, Perpustakaan Dewasa Muda, Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Media dan Seni, Perpustakaan Perniagaan, Perpustakaan Koleksi Khas, Perpustakaan Peta dan Atlases, dan Perpustakaan Berkala merupakan sembilan seksyen yang disediakan buat pengunjung.

Perpustakaan ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada hari Khamis, 16 Jun 2022. - India Times.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain