suria

Pekerja zoo parah tangan digigit harimau, alami komplikasi sebelum maut akibat serangan jantung

José de Jesús digigit seekor harimau Bengal ketika memberi haiwan itu makanan di kandang.

SEBELUM ini tular video di mana seorang penjaga zoo di Jamaica cedera digigit pada jari gara-gara mengusik singa di dalam kandang.

Begitu juga dengan nasib yang menimpa seorang pengunjung zoo di Indonesia, apabila kakinya ditarik oleh seekor orang utan.

Terbaharu, muncul pula video memaparkan detik cemas apabila seorang pekerja zoo digigit pada bahagian tangan ketika sedang memberi makanan kepada seekor harimau, di Periban, barat Mexico.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja zoo ‘cari penyakit’, usik singa akhirnya jari hampir putus kena gigit

Ketika kejadian, pekerja bernama José de Jesús dikatakan cuba membelai seekor harimau Bengal ketika memberi haiwan itu makanan di kandang.

Menerusi rakaman video yang tular, kelihatan José menghulur tangannya melalui pagar dawai sambil memanggil harimau berkenaan agar mendekatinya.

Apabila José menyentuh leher harimau itu, dengan tidak semena-mena haiwan tersebut bertindak agresif lalu menggigit tangan kanan pekerja zoo berkenaan.

José menjerit kesakitan namun harimau itu enggan melepaskan gigitannya.

Dia segera dikejarkan ke hospital di mana doktor mencadangkan untuk memotong lengan kanannya demi menyelamatkan nyawa.

José bagaimanapun enggan melakukan pembedahan tersebut, menyaksikan berlakunya komplikasi dan menyebabkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakaman video tersebut dikhabarkan dikeluarkan oleh pemilik zoo persendirian berkenaan untuk menunjukkan kecuaian mangsa sehingga mengundang padah. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain