suria

Nak cantik tapi kedekut... Ibu, anak larikan diri selepas dapatkan suntikan botox di klinik

Jade Adams berang dengan tindakan dua individu itu yang melarikan diri tanpa membuat bayaran. Foto: Jade Louise Aesthetics/ SWNS.

SEORANG pakar kecantikan berang apabila dua individu melarikan diri tanpa membuat bayaran selepas menerima suntikan botox di kliniknya.

Jade Adams, 28, turut memuat naik wajah dua individu itu menerusi Facebook yang dipercayai pasangan ibu dan anak.

Selain itu, dia turut membuat laporan polis selepas kerugian £510 (RM2,763) dalam kejadian berkenaan.

Kata Jade, pasangan itu yang bercakap dalam loghat Ireland menempah rawatan selama satu jam di klinik Jade Louise Aesthetics miliknya.

Selesai menerima rawatan, mereka keluar tetapi meninggalkan sehelai kot, kononnya menunjukkan bahawa mereka akan kembali selepas itu.

Namun, kelibat mereka langsung tidak kelihatan sehingga Jade menyedari bahawa mereka berdua telah melarikan diri.

Jade, 28, yang telah menjalankan perniagaan selama 18 bulan menganggap tindakan penipuan pasangan itu sebagai satu tindakan yang menjijikkan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain