SEKUMPULAN saintis mendapati kemungkinan manusia boleh bernafas melalui punggung. Menurut laporan baharu dalam jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights, sekumpulan saintis melakukan satu siri eksperimen ke atas babi dan tikus, berdasarkan metabolisme penyu yang perlahan. Ini melibatkan menggosok usus haiwan untuk menipiskan lapisan mukosa, sekali gus mengurangkan halangan kepada aliran darah. Kesemua haiwan itu kemudian diletakkan di dalam bilik yang kekurangan oksigen. Dipercayai bahawa kerana penyu mempunyai lapisan seperti itu, ia dapat bernafas melalui punggung seperti mampu bertahan pada musim sejuk. ARTIKEL BERKAITAN: Bos Amazon cari saintis, mahu kaji rahsia panjangkan umur sehingga ratusan tahun Menurut penemuan saintis, mereka kini percaya bahawa mamalia lain seperti manusia biasa juga boleh bertahan dengan pernafasan penting melalui lubang punggung. Bagaimanapun, masih belum ada ujian dijalankan ke atas manusia, dan tidak jelas sama ada terdapat sebarang rancangan untuk berbuat demikian. Ia juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam situasi apakah skil yang baru ditemui itu boleh berguna kepada manusia. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI