suria

Kaya belum tentu bahagia... Anak lelaki Elon Musk jadi mak nyah, mahu putuskan hubungan dengan bapa

Elon Musk mempunyai seorang anak transgender. Foto: Getty.

SALAH seorang anak Elon Musk membuat tuntutan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dengan jutawan itu.

Difailkan di sebuah mahkamah di Los Angeles, anak lelakinya mahu menggugurkan nama asal kerana enggan lagi dikaitkan dengan Elon.

Anaknya membuat tuntutan itu selepas mencapai usia 18 tahun pada April lalu.

Selain tuntutan mengenai hubungan dengan bapanya, remaja transgender yang dilahirkan sebagai Xavier Musk itu juga mengubah namanya kepada Vivian Jenna Wilson.

Dalam dokumen tuntutan, dia mahu diiktiraf sebagai perempuan dan mahu memutuskan hubungan dengan bapanya.

"Selain identiti jantina, hakikatnya saya tidak lagi tinggal bersama atau ingin mempunyai hubungan dengan bapa kandung saya dalam apa jua cara atau bentuk," ujarnya.

Elon atau Vivian sebelum ini pernah tidak menyatakan apa-apa secara terbuka tentang hubungan mereka atau peralihan jantina yang berlaku.

Untuk rekod, Elon pada Disember 2020 pernah menulis tweet yang mengatakan dia menyokong komuniti transgender.

Vivian mempunyai saudara kembar, Griffin, dan nama keluarga Wilson diambil daripada ibu mereka, pengarang Kanada Justine Wilson yang berkahwin dengan Elon dari tahun 2000 hingga 2008.

Perbicaraan Vivian mengenai pertukaran nama ditetapkan pada Jumaat. - TMZ.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain