suria

Imbas kenangan zaman muda, Putera William mengaku suka tidur ketika pensyarah mengajar

William mengaku pernah tidur dalam kelas ketika zaman belajar. Foto: Tim Graham Photo Library via Getty Image.

SETIAP orang menyimpan kenangan tersendiri ketika mereka bergelar pelajar.

Begitu juga kisahnya mengenai Putera William yang mengimbas semula kenangan zaman belajar ketika meraikan hari ulang tahun ke-40 pada 21 Jun.

Menurut Putera William, dia sebenarnya seorang pelajar yang teruk kerana suka tidur ketika pensyarah sedang mengajar.

"Saya juga ada belajar subjek Sejarah di universiti. Kadang-kadang saya tak mampu nak teruskan, saya tertidur ketika pensyarah mengajar. Sangat teruk.

"Tapi saya juga belajar mengenai zaman Renaissance yang mana ia sangat menarik. Bila masuk bab seni moden, saya mula penat dan mengantuk," ujarnya.

Putera William pernah menuntut di Universiti St Andrews pada tahun 2001 yang menjadi lokasi perkenalan dia dan isteri Kate Middleton. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain