suria

Sering mengadu kesunyian, wanita akhirnya bersuamikan patung kain... Gembira baru timang ‘bayi sulung’

Meirivone Rocha Moraes mengahwini patung kain dan mendakwa melahirkan anak hasil perkahwinan dengan 'pasangannya'.

SEORANG wanita di Brazil yang sering mengadu kesunyian, akhirnya berkahwin dengan patung kain.

Malah wanita bernama Meirivone Rocha Moraes, 37, itu juga mendakwa dia baharu melahirkan anak hasil perkahwinan dengan 'pasangannya'.

Patung kain tersebut dibuat oleh ibu Meirivone sendiri bagi menggembirakan hati wanita itu, dan memberinya nama 'Marcelo'.

Pertama kali melihat Marcelo, Meirivone mendakwa dia jatuh cinta dengan patung tersebut.

Tidak mahu melahirkan anak luar nikah, Meirivone mengatur majlis perkahwinan di hadapan 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, sebelum berbulan madu di Rio de Janeiro.

"Dia adalah lelaki yang selalu saya inginkan dalam hidup. Kehidupan berumah tangga dengannya adalah indah.

"Kami tidak bergaduh dan dia hanya memahami saya. Marcelo adalah suami yang hebat dan setia," kata Meirivone.

Meirivone menambah, dia melahirkan 'bayi' dalam masa 35 minit di rumah, dengan kehadiran doktor dan jururawat.

Tambahnya, proses melahirkan bayi itu juga tidak menyakitkan.

Proses kelahiran tersebut juga disiarkan secara langsung dalam talian dengan disertai 200 orang yang menonton. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain