POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung insiden seorang pelanggan menembak mati seorang pekerja restoran Subway kerana meletakkan terlalu banyak mayonis pada sandwicnya. Kejadian mengejutkan itu berlaku di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada lewat petang Ahad (26 Jun). Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mati, manakala seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah. Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan berhubung kejadian itu. "Percaya atau tidak, ia adalah (disebabkan) terlalu banyak mayonis pada sandwicnya," kata pemilik cawangan Subway, Willie Glenn kepada Fox 5 Atlanta. Glenn menambah bahawa anak lelaki kepada pekerja yang cedera parah itu, yang berusia lima tahun, berada di Subway ketika kejadian. Ujarnya, pengurus yang bertugas cuba membalas tembakan pelanggan tersebut namun tersasar. Pemangku Ketua Polis, Darin Schierbaum mengesahkan kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati sebelum berlakunya insiden tembakan. "Kita boleh menumpaskan operasi dadah yang membiakkan jenayah, kita boleh membongkar organisasi kumpulan, kita boleh menghalang rmpakan, tetapi kita tidak boleh menghalang seseorang yang marah kerana terdapat terlalu banyak mayonis pada sandwic mereka," katanya. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI