SEORANG ibu yang sedang menyusukan bayi perempuannya bergegas lari ke luar rumah tanpa sempat memakai baju, semata-mata mahu menyelamatkan angsa peliharaannya yang disambar helang. Cait Oakley, dari Sannich Utara di Kanada, bertindak pantas dengan menghalau helang yang mahu menyambar angsa peliharaannya, Frankie. Ibu kepada tiga anak itu malah berlari sambil memangku bayinya yang berusia empat bulan. Apa yang melucukan, Cait kelihatan mengenakan boxer milik suaminya dan tidak berbaju. Gelagatnya dirakam oleh kamera lutar tertutup yang dipasang di luar kediamannya. Cait kemudiannya berkongsi klip video itu di TikTok dan memaklumkan angsanya tidak mengalami kecederaan. Dia turut menjelaskan, tiga ekor ayam peliharaannya telah disambar helang pada minggu lalu. Cait dipuji warga maya sebagai 'hero' dan ibu serba boleh kerana sanggup berlari demi menyelamatkan haiwan kesayangannya biarpun ketika sedang menjalankan tugas sebagai seorang ibu. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI