suria

Ngeri... atlet angkat berat dihempap barbell, cedera hingga terpaksa jalani pembedahan

Detik-detik sebelum atlet berkenaan dihempap barbell.

SEORANG atlet angkat berat cedera apabila dia tidak berjaya mengangkat barbell, sebelum terjatuh ke lantai ditimpa alat berkenaan.

Kejadian berlaku ketika atlet muda itu menjalani latihan di sebuah gim di Fortaleza, Brazil pada 24 Jun.

Akibat kecederaan yang dialami, dia difahamkan perlu menjalani pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... ibu maut dihempap barbell 180kg, anak saksi depan mata

Rakaman kemalangan itu menunjukkan mangsa, yang tidak didedahkan namanya, berjaya mengangkat barbell dari lantai sehingga ke dada.

Namun dia menghadapi masalah apabila cuba mengangkat barbell ke atas kepalanya, sebelum terjatuh.

Besi alat angkat berat itu kemudian menimpa bahagian belakang lehernya dengan hentaman yang kuat.

Rakaman video tersebut berakhir dengan atlet berkenaan menjerit kesakitan sambil terbaring di atas lantai.

"Kami warga gim Box Colosso terus memberi sokongan dan melakukan segala yang mungkin untuk membantunya. Kami juga mendoakan agar dia segera sembuh," kata jurucakap gim berkenaan.

Difahamkan pemuda tersebut masih dalam proses pemulihan di sebuah hospital di Fortaleza, menurut laporan media Brazil. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain