BERANG dengan anak gadis sendiri, bapa bertindak merempuh dan menggilis menggunakan kenderaannya. Seorang gadis, Lauren Malt berusia 19 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian ketika dia cuba bergelut menghentikan bapanya daripada memukul kekasihnya pada kejadian 23 Januari lalu. Malah, suspek adalah Nigel Malt, 44 berasal dari Norfolk, England dipercayai marah ketika bertindak merempuh dan menggilis mangsa sebanyak dua kali. Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson menerusi laporan antarabangsa menjelaskan suspek mengundurkan kenderaannya untuk merempuh anaknya sehingga terjatuh. Kemudian, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren. Perbuatan tidak berhati perut telah mengakibatkan kematian Lauren di tempat kejadian. Setelah membuat pemeriksaan lanjut ke atas mayat, terdapat kesan lebam, luka dan kecederaan parah pada bahagian kepala, badan, lengan serta kaki. Suspek bagaimanapun telah menafikan tuduhan membunuh terhadap mangsa. Menerusi perbicaraan mahkamah, selepas kejadian ‘tragis’ ini suspek didakwa membawa mayat anaknya ke dalam keretanya sebelum bertindak meninggalkan kawasan berkenaan. Bukan itu saja, Nigel menelefon isterinya, Karen lalu memberitahu bahawa anak mereka telah meninggal dan kemudiannya membawa mangsa kepada si ibu. Masih belum ada keputusan muktamat berikutan perbicaraan kes masih berlangsung. -METRO Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI