suria

Penat belajar bidang ekonomi di universiti, graduan akhirnya jadi pelakon porno... Seronok dapat duit banyak

Pelajar itu menceburi dunia pornografi pada tahun 2019.. Photo: Florian Schuh/dpa

SEORANG graduan universiti mengakui hidup mewah selepas menceburi bidang pornografi sejak tahun 2019.

Menurut Shonari Whyte, 26, ia merupakan keputusan terbaik dalam hidupnya biarpun dia memiliki kelulusan dalam bidang pemasaran dan ekonomi.

"Saya telah berada dalam industri sejak 2019, sebelum Covid-19 melanda. Sebelum itu, saya bekerja di pusat panggilan. Pekerjaan itu sangat teruk," ujarnya.

Menurut lelaki itu, dia meraih lebih 170 juta tontonan menerusi sebuah laman web lucah, malah menjana pulangan lumayan sejak berkecimpung dalam industri tersebut.

Dedahnya, setiap pelakon porno boleh meraih sehingga AS$1,500 (RM6,619) setiap hari jika video mereka tular dan meraih tontonan tinggi.

"Pasaran tidak berkurangan, ia hanya meningkat dan saya mempunyai keupayaan seksual yang baik, jadi saya menerapkannya dan saya hanya membuat beberapa video.

"Video itu kemudian mula menjana pendapatan dan ia berkembang dan berkembang dan itu mendorong saya untuk meneruskannya.

"Perniagaan yang berkembang pesat hari ini adalah pertanian, hartanah dan pornografi," ujarnya lagi. - Jamaica Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain