JAMES Whelan, seorang gangster yang maut ditembak pada April lalu diraikan dalam satu majlis luar biasa di kuburnya, baru-baru ini. Rakan-rakan serta ahli keluarga menganjurkan parti yang cukup meriah sempena meraikan hari kelahirannya yang ke-30 biarpun dia sudah lama meninggal dunia. Bertempat di Tanah Perkuburan Dardistown, Dublin, majlis berkenaan diraikan meriah dengan taburan bunga, belon, bunga api, serta champagne untuk tetamu. Untuk rekod, gangster itu mati ditembak mati pada 3 April, dipercayai dibunuh kerana pertelingkahan yang melibatkan pengedar dadah yang berpangkalan di Finglas. Sebelum ini, majlis pengebumian gangster itu turut dibuat dengan gilang-gemilang. Dia dibawa ke gereja dengan kereta kuda, dihiasi dengan bunga putih dan dikebumikan di dalam keranda emas. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI