suria

Influencer tak tahu malu... Nak makan percuma di restoran, bayar dengan ‘posting’ di media sosial

Katie dijangka akan menutup restorannya pada bulan ini. (Gambar Hiasan)

BANYAK restoran mula menawarkan makanan percuma buat golongan influencer sebagai salah satu teknik promosi di media sosial.

Namun, ada juga influencer yang mengambil kesempatan menggunakan kaedah itu sehingga memperdaya pemilik restoran yang tengah tersepit dalam situasi ekonomi tidak menentu.

Terbaharu, seorang pengusaha restoran di Australia, Katie Moron mendakwa dihubungi seorang influencer yang mahu menikmati makanan percuma di premis miliknya.

Menurut Katie, influencer itu menawarkan reviu makanan menerusi media sosial sebagai 'bayaran' kepada hidangan yang dinikmati di restoran tersebut.

Namun kata Katie, reviu percuma yang ditawarkan oleh influencer itu tidak mampu membantu situasinya yang kini hampir muflis.

Malah, kaedah yang ditawarkan influencer itu seolah-olah menambah beban kewangannya yang semakin meruncing.

Selain meminta makanan percuma, influencer tersebut turut meminta sejumlah bayaran dan baucar.

Biarpun jengkel dengan permintaan itu, Katie tetap membalas dengan sopan dan menolaknya secara baik.

Selepas sembilan tahun beroperasi, Katie dijangka akan menutup restorannya pada bulan ini.

Ia susulan sambutan kurang menggalakkan selepas pandemik Covid-19 melanda. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain