suria

Potong kemaluan teman lelaki, selamba buang dalam baldi... Wanita didakwa berasmara dengan mayat selama 3 jam

Wanita itu didakwa memotong kemaluan dan memenggal kepala teman lelakinya. Foto: Law&Crime Network/Youtube.

SEORANG wanita mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pasangannya ketika mereka melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian itu, dia yang berada di bawah pengaruh dadah turut didakwa memenggal kepala dan memotong zakar teman lelakinya.

Polis di Wisconsin, Amerika Syarikat, menerima panggilan pada 23 Februari mengatakan kepala Shad Thyrion, 25, yang terputus, ditemui dalam baldi di rumah ibunya.

Pegawai yang hadir ke tempat kejadian turut menemui "organ lelaki" yang telah dibuang ke dalam baldi, manakala bahagian badan mangsa diletakkan dalam kotak simpanan dan darah kering turut dikesan di atas tilam.

Susulan itu, Taylor D. Schabusiness, 24, didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh dan serangan seksual ke atas mangsa.

Menurut polis, dia mendakwa mula mencekik Thyrion, tetapi menegaskan dia tidak berniat untuk membunuhnya.

Schabusiness kemudiannya dikatakan bertanya kepada detektif 'jika mereka tahu bagaimana rasanya mencintai sesuatu sehingga anda membunuhnya'.

Rekod mahkamah menyatakan bahawa dia menggunakan pisau dari dapur rumah untuk memotong mayat Thyrion.

Lebih ngeri, dia juga didakwa melakukan perbuatan seksual dengan mayat selama "dua atau tiga jam" selepas mangsa meninggal dunia.

Pendengaran semula kes itu ditetapkan pada 24 Oktober. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain