suria

600 individu hadiri festival bogel, pengunjung akui seronok jumpa kawan-kawan ‘sekepala’

Kate merupakan salah seorang daripada 600 peserta yang menghadiri festival itu.

SEORANG influencer tampil bercerita mengenai festival bogel yang dihadirinya di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Menurut Kate yang dikenali sebagai @fullplatekate di Instagram, dia berasa lebih berkeyakinan selepas menghadiri festival berkenaan.

"Saya melihat pelbagai jenis badan manusia. Benar-benar unik dan semuanya cantik. Saya suka berada di sekeliling orang yang kelihatan begitu yakin dan riang.

"Ia menyedarkan saya bahawa badan hanyalah fizikal kita. Ia adalah kapal yang kita tinggal di dalamnya. Selain itu, saya lihat ramai yang mempunyai selulit.

"Namun, ia telah membantu saya dengan isu imej badan, buat saya hilang rasa takut untuk dihakimi orang lain kerana siapa sebenarnya yang peduli?" ujarnya.

Kata Kate lagi, festival berkenaan telah memberi inspirasi untuknya menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan dan positif,

Kate berkongsi mengenai kunjungannya itu kepada 13,400 pengikutnya.

Untuk rekod, Nudefest yang berlangsung di Somerset merupakan festival bogel terbesar di UK yang mana 600 orang hadir sambil menikmati pelbagai hiburan dan aktiviti. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain