SEORANG individu yang mencabar diri untuk melompat dari bumbung gelongsor air gergasi semasa pertandingan di Frenzy Palace, Perancis, mengalami lebam di seluruh tubuhnya selepas melakukan aksi berkenaan. Menerusi klip video yang dikongsikannya di laman Instagram la_mascotte94, dia kelihatan beberapa meter di atas gelongsor dengan kehadiran penonton yang menyoraknya sebelum aksi melompat dilakukan. Dia turut mendedahkan kesan kecederaan yang ketara pada tubuh apabila peha dan pinggulnya kelihatan lebam berwarna hitam. Walaupun dia menjelaskan bahawa kecederaan yang dialami tidak serius, namun para netizen tidak berhenti menzahirkan kebimbangan. Terdahulu, Frenzy Palace telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan semua peserta dalam pertandingan itu telah menandatangani perjanjian bahawa setiap tindakan yang dilakukan bukanlah di bawah tanggungjawab taman sekiranya terdapat kecederaan. "Semua peserta "telah menandatangani dokumen atau pengisytiharan supaya dapat membuat lompatan ini tanpa liabiliti ditanggung sekiranya berlaku kecederaan serius," ujarnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI