DEMI cinta, apa sahaja sanggup dilakukan. Begitulah kisahnya mengenai seorang gadis berusia 15 tahun yang menyuntik darah HIV positif teman lelakinya ke dalam tubuh sendiri. Selepas keluarga mengetahui tindakan mengejutkan itu, mereka memulakan prosiding undang-undang terhadap kekasihnya. Doktor kini sedang merawat gadis itu manakala polis telah menahan teman lelakinya. Gadis itu yang berasal dari Suwal Kuchchi, Assam, India, berkenalan dengan teman lelakinya melalui Facebook. Kisah cinta luar biasa itu turut tular dan mengundang perdebatan di Twitter. Kebanyakan netizen terkejut melihat bagaimana anak muda membuat keputusan yang tidak rasional dan mengancam nyawa demi cinta. - India Times. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI