SEORANG lelaki berusia 87 tahun terpaksa menunggu 15 jam untuk mendapatkan ambulans di tempat perlindungan sementara selepas patah tujuh tulang rusuk akibat terjatuh. Difahamkan, warga emas yang dikenali sebagai David itu turut retak di bahagian pelvis apabila dia terjatuh kira-kira jam 7.30 di sebuah alamat di Cornwall pada Isnin. Menurut menantunya, Trevor, pada masa kejadian David sedang berjalan ke garaj apabila dia tersandung dan terjatuh. "Kami menghubungi 999 tetapi ambulans tidak tiba selama lebih 15 jam. "Malah apabila dihubungi beberapa kali, pasukan kecemasan terbabit menyatakan mereka akan tiba tidak lama lagi. "Pada masa sama, mereka meminta kami untuk tidak memindahkannya tetapi 'membina' tempat perlindungan sementara menggunakan gawang gol dan diselimuti kain tebal," ujarnya. Bagaimanapun disebabkan hujan lebat di seluruh bahagian United Kingdom, terdapat beberapa kawasan yang dilanda banjir teruk. David akhirnya berjaya dibawa ke Hospital Diraja Cornwall di Treslike dan kini sedang menerima rawatan. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI