SEORANG lelaki maut ketika cuba mendaki gunung berapi Pichincha setinggi 15,000 kaki (4,572 meter) berhampiran Quito di Ecuador, Ahad lalu. Gil Banks, 25, yang berasal dari London dikatakan sedang bercuti di Amerika Selatan selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan. Kematiannya disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Israel di Ecuador ketika dia cuba mendaki salah satu puncak gunung berapi tersebut iaitu Ruku. Terdahulu, letupan gunung berapa pada tahun 1660 menyaksikan 12 inci (50.8 sentimeter) abu menutupi landskap. Pendakian pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1582 oleh sekumpulan penduduk tempatan yang diketuai oleh José Ortiguera. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI