SEORANG wanita bertindak memotong kemaluan teman lelakinya yang didakwa cuba merogol anak perempuannya berusia 14 tahun. Dalam kejadian yang berlaku di Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh di India, teman lelakinya yang berusia 36 tahun cuba merogol anak perempuannya ketika dia berada di tempat kerja. Ibu berusia 36 tahun itu memberitahu, dia menggunakan pisau dapur untuk 'mengajar' lelaki berkenaan. Dia yang bekerja di sebuah ladang sempat pulang ke rumah dan mendapati kekasihnya cuba melakukan perbuatan itu. Wanita itu dan anak perempuannya tinggal bersama lelaki berkenaan selama dua tahun selepas dia berpisah dengan suami yang ketagih arak. "Saya bekerja di ladang ketika kejadian berlaku. Dia kantoi sebaik saya pulang ke rumah. "Jadi, saya ambil pisau dari dapur dan memotong kemaluannya sebagai pengajaran. Saya tak menyesal dengan apa yang saya lakukan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Potong kemaluan teman lelaki, selamba buang dalam baldi... Wanita didakwa berasmara dengan mayat selama 3 jam Tambah wanita itu, teman lelakinya yang panik cuba menyerangnya ketika dia cuba mempertahankan anak perempuannya. Menurut laporan Daily Mail, pegawai balai polis Lakhimpu memberitahu, teman lelaki wanita itu didakwa kerana merogol. Tidak dipastikan sama ada ibu mangsa akan dikenakan sebarang pendakwaan kerana memotong kemaluan suspek. Pihak polis bagaimanapun mengesahkan suspek perogol dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani rawatan lanjut. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI