WANITA pertama yang dijangkiti cacar monyet di Georgia mendakwa dia terkena virus tersebut ketika berurusan dengan orang awam di stesen minyak. Jelas Camille Seaton yang baru berusia 20 tahun berkata, dia bekerja sebagai pembantu di sebuah stesen minyak dan perlu mengendalikan transaksi duit bayaran yang dibuat pelanggan. "Seks bukanlah satu-satunya cara untuk virus cacar monyet ini merebak dan menjangkiti manusia. "Saya merupakan satu-satunya wanita yang terkena jangkitan ini di Georgia... bagaimanapun setiap orang berbeza," katanya menerusi video yang tular di media sosial. Dalam pada itu, rata-rata pelayar menzahirkan ucapan terima kasih kepadanya kerana menyebarkan kesedaran tentang salah faham mengenai cacar monyet. Terdahulu, dia menghabiskan lebih daripada dua minggu untuk kuarantin di rumahnya bersama anak perempuan berusia 3 tahun yang dijaga oleh ahli keluarga lain. Ibu muda itu kini telah pulih daripada virus dan kembali bekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Ini asal usul penyakit cacar monyet... Kenali simptom dan cara penularan Cacar monyet telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam di Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini selepas ia dilaporkan merebak di seluruh negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengumumkan wabak cacar monyet berbilang negara kini merupakan kecemasan kesihatan awam global. Menurut ahli biologi NYU Joseph Osmundson, cacar monyet memberi kesan terutamanya kepada lelaki gay dan biseksual, yang menyumbang kira-kira 98 peratus pesakit. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI