suria

Remaja maut selepas ikut cabaran cekik diri! Ibu selar kandungan berbahaya dipapar media sosial

Archie maut selepas empat bulan koma akibat melakukan cabaran media sosial.

AKIBAT terlampau mengikuti 'cabaran' yang sering muncul menerusi aplikasi permainan di media sosial, remaja lelaki 12 tahun dilaporkan meninggal dunia 6 Ogos lalu selepas empat bulan koma.

Ekoran kematian tersebut, ibunya Hollie Dance, 46, menyelar pihak media sosial kerana gagal menangani cabaran dalam talian yang memudaratkan sehingga mengakibatkan kematian.

Malah ibu kepada Archie Battersbee itu mendakwa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 82 kematian yang dikaitkan dengan 'cabaran' berkenaan selepas pesertanya diminta untuk mencekik diri sendiri sehingga pengsan.

Menerusi wawancara eksklusif, Hollie berkata, syarikat media sosial dilihat tidak berusaha untuk menghentikan kandungan berbahaya dalam talian.

Dakwanya, permainan seumpama itu wujud dan anak-anak 'dilatih' untuk melakukannya selepas melihat rakaman adegan seorang lelaki berusia 30-an mengikat sesuatu di leher dan menariknya ketat.

Dia berkata: "Ini adalah lelaki dewasa yang menunjukkan 'helah' ini kepada kanak-kanak. Mereka itu perlu dipertanggungjawabkan. Polis dan kerajaan perlu bekerjasama untuk menghentikan perkara ini.”

Difahamkan, beberapa laporan mengenai cabaran dalam talian yang membawa maut atau berbahaya telah muncul sejak kes Archie. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain