PENEMUAN mayat seorang pemuda di tepi jalan menggemparkan penduduk di sebuah kampung. Dalam kejadian di Kampung Mekar Famili di Cisewu, Garut di Jawa Barat, Indonesia, mayat pemuda tersebut ditemukan bersandar di tebing, berbungkus dengan selimut. Ketika dijumpai, bahagian leher mayat diikat dengan kabel elektrik hingga ke kedua-dua kakinya. Wajah mangsa yang lengkap berpakaian juga berlumuran darah, disyaki telah diseksa. Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, siasatan awal yang dijalankan oleh Polis Cisewu, mengesahkan mayat itu bukan penduduk di daerah itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sebulan tak hubungi anak, akhirnya hanya mayat yang ditemui Menurut Wirdhanto, mayat lelaki itu ditemui oleh penduduk yang sedang melintas jalan pada waktu pagi ketika hendak pergi menoreh pokok getah. "Susulan penemuan itu, ia kemudian dimaklumkan kepada pihak polis. "Mayatnya dihantar ke Pusat Kesihatan Cisewu untuk bedah siasat," katanya. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI