suria

Padah lumba haram, mat rempit kena tolak motosikal ke balai sambil nyanyi lagu merdeka

Sekumpulan mat rempit menolak motosikal ke balai polis. foto Dok. Satlantas Polresta Malang Kota

PADAH berlumba secara haram, sekumpulan mat rempit terpaksa menolak motosikal mereka ke balai polis.

Insiden tular itu berlaku di Kota Malang di Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Kota Malang, Iptu Saiful Ilmi yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia merupakan tindakan terhadap pelaku yang melakikan lumba haram, pada 2 pagi Ahad.

Rata-rata mereka masih di bawah umur, diarahkan menolak motosikal dari lokasi kejadian di Jalan Ahmad Yani ke Ibu Pejabat Polis Kota Malang.

Bukan setakat itu, mereka juga perlu menyanyikan lagu kemerdekaan negara Republik itu pada 17 Ogos lalu, di sepanjang jalan ke balai.

"Ini supaya mereka mendapat pengajaran untuk tidak melakukannya lagi. Rata-rata mereka masih remaja dan belajar di sekolah menengah.

"Kesemua motosikal dibawa kepada Polis Kota Malang untuk disita," kata Saiful ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah Saiful, motosikal akan disita selama sebulan dan perlu membayar denda sebelum menuntutnya.

Sebanyak 40 motosikal membabitkan 45 mat rempit yang terlibat dalam lumba haram ditahan polis.

Kesemua mereka melanggar peraturan di bawah akta Lalu Lintas Pengangkutan Jalan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain