suria

Vape disangka pistol, polis tertembak mati lelaki tidak bersenjata di katil

Polis melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki. foto Columbus Police Dep

SEORANG anggota polis tertembak mati seorang lelaki yang tidak bersenjata dan berada di katil.

Polis mengeluarkan rakaman video kamera yang dipasang pada anggota berkenaan.

Dalam kejadian di Columbus di Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira 2 pagi Selasa waktu tempatan, anggota polis berusia 30 tahun itu bersama rakan sekerja mereka bertindak menolak pintu sebuah bilik dan menembak Donovan Lewis, 20, yang duduk di katil.

Ketika kejadian, Lewis tidak bersenjata melainkan sebatang pen vape yang diletakkan di sebelahnya.

Menurut Columbus Dispatch, polis ke rumahnya untuk mengeluarkan waran tangkap kepada Lewis kerana dakwaan keganasan rumah tangga, serangan dan jenayah pengendalian senjata api.

Sejurus selepas membuka pintu, Anderson ilihat melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki berkenaan, yang kemudian dikenal pasti sebagai Lewis, yang kelihatan mengangkat tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster mati ditembak, ahli keluarga anjur parti di tanah perkuburan... Siap hidang champagne untuk tetamu

Seorang pegawai kemudian berkali-kali menjerit 'Tangan!' sebelum memberitahu Lewis supaya 'merangkak keluar dari sini,' tetapi lelaki berusia 20 tahun yang cedera itu kekal berada di katil.

Dua anggota polis memasuki bilik dan mengarahkan Lewis meletakkan tangan di belakangnya.

Pegawai memberitahu bahawa Lewis untuk 'berhenti menentang' sebelum dibawa keluar dari apartmen.

Polis mula memberikan CPR dan pertolongan cemas lain sebelum ketibaan paramedik tiba.

Dia dibawa ke hospital berdekatan, yang kemudian disahkan meninggal dunia.

Menerusi satu sidang media, Ketua Polis Columbus, Elaine Bryant berkata, ketika Anderson melepaskan tembakan, Lewis dilihat sedang memegang 'sesuatu' di tangannya, yang sebenarnya merupakan pen vape.

Dilaporkan, kematian Lewis merupakan insiden ketiga tembakan polis di bandar Columbus pada minggu ini. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain